Kelebihan Syarikat Memiliki Website.

Kelebihan Syarikat Memiliki Website.
Peluang mempromosi dan Meluaskan Perniagaan.

~ Untuk kemudahan syarikat menyalurkan informasi produk atau perkhidmatan syarikat kepada potensi pelanggan.

~ Kad Bisnes perlukan URL website dan email bagi kemudahan pelanggan menghubungi dan mendapat pelbagai maklumat berkaitan promosi perniagaan anda.

~ Untuk kemudahan berkomunikasi sesama pelanggan melalui email syarikat sendiri.

~Beberapa agensi kerajaan mewajibkan vendor mempunyai laman web sendiri.
Apakah Kelebihan Promosi ini?

1. Laman web dibangunkan menggunakan teknologi blogspot.com

~ Ini bermakna anda mudah untuk menyunting (menambah atau mengubah) kandungan pada mana-mana halaman yang telah kami siapkan sendirian dari masa ke semasa tanpa perlu bergantung kepada kami

~ Anda mempunyai peluang untuk menambah pelbagai jenis bentuk komponen yang anda kehendaki pada masa hadapan.

2. Murah dan mudah untuk diselenggara.

Adakah proses menyunting kandungan web tersebut mudah dipelajari dan difahami?

Ianya begitu mudah, anda hanya perlu mengetahui nama pengguna dan katalaluan kepunyaan anda dan daftar masuk menggunakan maklumat tersebut.

Langkah penyuntingan seterusnya adalah seperti menggunakan program pemproses kata seperti Microsoft word atau Open Office

Apakah Kelebihan Promosi ini?
Sekiranya berminat, bagaimanakah kami memprosesnya?.

1. Kami akan menghubungi anda untuk berbincang lebih lanjut sebelum apa-apa persetujuan dibuat.

2. Kami akan meminta senarai nama domain pilihan anda untuk diperiksa samada ianya telah didaftarkan oleh mana-mana pihak sebelumnya. Hanya Nama Domain yang tidak dimiliki oleh mana-mana individu atau syarikat layak didaftarkan. Anda akan dihubung mengenai keputusan Nama Domain yang layak didaftarkan.

3. Setelah mencapai persetujuan, Anda akan diminta untuk menghantar Profil Syarikat beserta bahan-bahan yang disebutkan sebelumnya.

4. Pembinaan Laman Web mengikut persetujuan akan mula dibangunkan sebaik sahaja nama domain aktif. Kebiasaanya nama domain mengambil masa tidak lebih daripada 3 hari untuk aktif. Jangkamasa yang paling cepat adalah 1 jam. Jangka masa pembinaan laman web pula adalah 5 - 7 hari.

5. Bayaran harus diselesaikan setelah asas-asas laman web lengkap sepenuhnya.

Maklumat akaun anda (login & password) akan diserahkan kepada anda setelah baki bayaran diterima. Anda juga akan diajar untuk menambah atau mengubah kandungan pada mana-mana halaman yang telah kami siapkan.
BERMINAT? BAGAIMANA HENDAK MEMULA?

Apa yang anda perlukan untuk bermula.
Untuk proses pembinaan laman web yang lancar dan cepat, anda dinasihatkan menyediakan:
1. Profil Syarikat (Company Profile) yang lengkap dalam bentuk dokumen yang dihasilkan menggunakan sebarang perisian pemproses kata (Example: Microsoft Office, Open Office etc.)
2. Logo Syarikat dan gambar atau imej berkaitan syarikat, produk &perkhidmatan.
Pelan atau peta menunjukkan premis atau lokasi perniagaan dalam bentuk imej
3. digirtal.
4. Senarai harga perkhidmatan atau produk.
5. digirtal.
6. Senarai harga perkhidmatan atau produk.

Mereka yang berminat hendaklah menghubungi kami menerusi borang yang kami sediakan.
Hubungi Kami di atas.
Apa yang akan anda miliki setelah mendaftar dengan kami

Apa yang akan anda perolehi dari promosi kami?.
1. Nama Domain atau URL pilihan anda. (contoh terus ke :http//:nama syarikat.blogspot.com)
2. Laman Web syarikat/individu yang profesional.


10 TIPS PERNIAGAAN MELALUI INTERNET

Dasawarsa ini terlalu banyak bahan bacaan mengenai bagaimana mencari duit sampingan melalui internet ataupun ketahui rahsia-rahsia menjana pendapatan dengan internet. Dengan melalui strategi yang betul dan usaha yang berterusan kita pasti dapat memanfaatkan internet sebagai satu 'medan' bisnes yang cukup menguntungkan, oleh itu ikuti 10 tips perniagaan secara online yang diringkaskan daripada pengalaman saya untuk manfaat kita bersama. Antara tips-tips terbaik yang boleh dilakukan bagi menjana pendapatan anda secara online ialah :

1. Affiliate Programme

Affiliate program adalah yang paling mudah untuk menjana duit sampingan anda. Dengan hanya register sebagai affiliate/agent anda akan dapat komisyen dari setiap jualan yang dibuat. Anda hanya perlu promosikan produk/servis melalui link, url, ads banner tanpa menanggung sebarang risiko kerana ia akan ditanggung oleh company yang menawarkan affiliate tersebut. Antara affiliate programme yang boleh anda sertai ialah seperti AdikBijak.Com , IdeaBisnesLuarBiasa.Com , MasKahwin.Com , LinkShare.Com , Commission Junction dan banyak lagi.

2. Jual Produk/Servis Anda

Sekiranya anda mempunyai produk atau servis perkhidmatan anda sendiri bolehlah mencuba untuk menjualnya di internet. Ini kerana kelebihannya anda boleh mengetahui harga kos sebenar, boleh markup price mengikut kesesuaian kerana anda yang menjualnya sendiri. Antara contoh menjual produk dan servis ialah seperti menjual kerongsang, gelang, buku, cd/kaset, cincin, jam, ebook, software, hosting, design service dan lenlain yang berpotensi. Apa yang anda perlu untuk realisasikannya ialah dengan marketing melalui website rasmi anda. Sekiranya anda hendak tahu lebih lanjut utk membangunkan web anda sendiri sila hantar pertanyaan anda di sini. Untuk membangunkan web hanya cukup mudah sekiranya anda sudah bermula dengan domain com/net/org dan hosting yang sesuai dgn modal anda.

3. Menjual secara 'Drop Ships'

Drop Ships ini ialah satu perancangan anda melalui pembekal (provider) dalam menjual produk mereka di internet pada harga yang telah di'mark up' utk mengambil untung atas angin. Contohnya Cik Siti mempunyai webnya sendiri telah mempromosikan produk Total Skin Care Package pada harga RM150 dan caj RM10 bagi delivery (jumlah kesemuanya RM160). Apabila customer membelinya secara online di web Cik Siti produk tersebut dgn harga RM160 (termasuk delivery), dengan itu Cik Siti akan proceed melalui pembekal dengan order yang mana akan dihantar produk tersebut kepada pembelinya tadi. Sedangkan harga kos produk tersebut hanyalah RM100 dan Cik Siti dapat untung atas angin RM50 dgn kaedah drop ships di atas tanpa menanggung kos produk & delivery. Kaedah ini untung atas angin ini sangat mudah, apa yang perlu ialah mengambil order customer yang selebihnya diserahkan kepada pembekal (provider).

4. Buat Kerjasama Strategik

Inilah yang saya lakukan bagi menjimatkan kos dan masa. Kita wat JV (Joint Venture) atau kerjasama strategik dengan individu/company tertentu dalam mencapai matlamat bisnes online kita. Contohnya anda tidak tahu buat website tetapi anda boleh buat pakatan strategik dengan mana-mana web developer utk membangunkan web anda dengan perkongsian keuntungan yang dipersetujui. Dengan ini anda boleh fokuskan kepada idea bisnes dan marketing strategy manakala rakan kerjasama pula yang membangunkan web sepenuhnya. Dgn ini kita mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga. Dengan mempelbagaikan rakan kerjasama dalam sesuatu bisnes sama ada aspek marketing, production, development etc anda akan mempunyai team yang mantap dan membolehkan bisnes anda berkembang dengan lebih baik. Selain itu anda juga boleh buat JV dengan company yang menawarkan komisyen bagi setiap jualan produk/servis mereka, ia adalah mudah kerana ia sekadar menyedia tempat iklan produk di website kita dan mengambil order bagi produk mereka yang boleh memberikan komisen yang lumayan.

5. Menjual Ruang Iklan

Sekiranya anda mempunyai website yang tinggi hits trafik pengunjung atau opt-in email anda boleh pertimbangkan untuk servis pengiklanan. Contohnya seperti laman web www.utusan.com.my dan juga www.bharian.com.my yang mempunyai lebih 1 juta hits sehari mampu menjana pelanggan untuk sesuatu produk atau servis. Dengan itu mereka dpt menjual ruang iklan berbayar yang cukup lumayan serta menjadi tumpuan jutawan internet marketers seperti Dr. Irfan Khairi dan lenlain company yang mempromosikan produk mereka. Pada tika ini anda dapat memanfaatkan segala kelebihan hits trafik pengunjung di web anda atau opt-in list email yang berwibawa untuk menjana pendapatan mudah.

Salah satu konsep web yang berkaitan ruang iklan ialah anda juga boleh mengambil idea dari MyKedai2u.Com, ataupun jika anda pernah melayari web MillionDollarHomepage.Com yang mana ia sangat terkenal dan menjadi lagenda di dalam sejarah internet kerana berjaya menjual sejuta pixel ruang iklan di website. Macam tak percaya je ada org wat web camni, tapi x mustahil mungkin anda juga salah seorang yang menjadi masyhur di dunia internet...

6. Buat Blog

Sekarang ni ada banyak orang buat blog untuk mencari perhatian orang. Di sinilah kekuatannya, yang mana anda juga boleh meniru mereka menjana pendapatan dgn melalui blog... Contohnya blog www.afdlinshauki.blogspot.com yang cukup menarik kita lihat ia mempromosikan produk filem dan karyanya yang terkini. Bagi saya blog afdlin shauki mempunyai auranya tersendiri apabila dibaca dan diikuti oleh berjuta rakyat malaysia dgn kerenah Chief Kodoknya itu.. Itu satu pendekatan yang murah, fleksibel dan efisien. Bagi anda juga boleh membuat blog sendiri di www.blogger.com dan ianya percuma. Start sumthing new with ur blog, carilah idea untuk diri anda dan promosikan blog anda pada org lain sehingga mendapat perhatian.. Ia cukup menarik dan cukup mudah. Contoh blog lain yang boleh anda kaji ialah blog jutawan siber Dr Irfan Khairi. Ada banyak tips di situ yang boleh anda pelajari.

7. Develop Portal & Community

Sekiranya anda mempunyai skills kepakaran website yang baik atau membuat kerjasama dengan org yang mempunyai skills dlm web development sudah tentu anda boleh mencipta sebuah portal dan komuniti untuk menjana pendapatan di sebalik free services di dalam portal tersebut. Mengapa portal dan komuniti? Ini kerana dengan melalui portal & komuniti kita boleh menyediakan pelbagai ruang utk free services dan activity online seperti online discussion forum, downloads, resources, articles, advertising, promotion, viral marketing dan lenlain elemen yang cukup banyak menguntungkan dari segi jangka masa panjang... Contoh portal dan komuniti yang berjaya ialah seperti www.cari.com.my, www.jiwang.org dan www.terato.com ... kini mereka telah mempunyai 40 ribu lebih ahli dan mempunyai hits trafik yang tinggi kerana pelbagai xtvt online & resources di dalam forum dan portal. Di situ mempunyai tumpuan orang setiap hari dengan pelbagai isu, mempunyai jaringan network sesama ahli dan boleh mengetahui sesuatu peluang bisnes sesama ahli. Mmg hebat penangan portal komuniti ini jika kena caranya..

8. Jana Peluang Pendapatan Dengan Google Adsense

Ini adalah satu program advertisement bersama google inc yang merupakan syarikat gergasi dalam internet search engines.. Anda hanya perlu sign up google adsense dan implementkan code adsense dalam website anda. Contoh yang paling mudah ialah gunakan blogspot atau web anda sendiri dgn menepati syarat2 yang ditentukan google. Contoh laman web yang berjaya mengimplementasikan google adsense ialah seperti di Shoemoney.Com. Sekiranya anda berminat utk menyertai google adsense sila ke site ini http://adsense.google.com

9. Jana Peluang Melalui Auction Site

Auction Site ataupun laman web yang menyediakan kemudahan lelongan. Contoh auction site seperti Ebay, Yahoo Auction, Lelong.Com.My, BuySell.Com.My dan banyak lagi.. Di laman web lelongan ini anda boleh memulakan bisnes lelong anda tak kira apa jua jenis barang sekalipun. Ada org berjaya lelong henset yg rosak dgn harga yg tinggi, ada juga yg lelong barang terpakai seperti baju dan buku serta lain2 bentuk cenderamata yang menarik ataupun duit syiling/setem lama... Kebanyakan org di luar negara suka dengan keris dan matawang melaka ataupun yg menjadi simbol sesuatu bangsa di Asia. Namun begitu di auction site anda boleh mencuba mengikut kreativiti dan strategi anda sendiri. Boleh search banyak auction site di Yahoo Directory

10. Kuasai IM (Instant Messenger) & IRC

Siapa kata Yahoo Messenger dan MIRC itu tak boleh wat bisnes? Inilah communication tools yang murah dan berkesan jika digunakan dengan bijak. Saya di antara individu yang selalu menggunakan YM berjaya mendapatkan keuntungan melalui kemudahan IM ini. Antaranya promosi dan publisiti mengenai produk/servis di dalam YM bersama rakan2 dalam list saya. Manakala dalam MIRC pula ada banyak channel yang boleh digunakan utk promosi. Anda boleh membuat promosi tetapi jangan spam. Kuasai ilmu penggunaan IM dan MIRC dan pastinya anda dpt menjual apa jua produk/servis dengan baik.

Demikian 10 tips ringkas yang dapat saya kongsi bersama, mungkin ada banyak lagi tips yang tak sempat disenaraikan namun inilah yang berjaya menjana pendapatan kepada banyak orang yg telah terlibat dalam perniagaan secara internet ini. Walau apapun ia bergantung kepada strategi anda melaksanakannya kerana setiap org mempunyai kemampuan yang berbeza dari segi modal dan keupayaan skills. Sebab itulah kita perlu merancang strategi dengan baik untuk mempastikan kita dapat menghasilkan keuntungan dari internet tanpa perlu takut kepada risiko kegagalan. E-Biz yang berjaya ialah E-Biz yang mampu belajar erti kegagalan dan erti kejayaan. Untuk mengetahuinya anda perlu 'belajar' menempuhi step pertama anda, justifikasi kegagalan dan kejayaan itu anggaplah sebagai trial & error, ia merupakan batu loncatan untuk berjaya dengan lebih gemilang lagi...

Direktori Website-website perniagaan.

Direktori Website-website perniagaan.
CLICK..Direktori di bawah, anda akan dapat melihat website-website perniagaan yang berdaftar dibawah rangkaian mylinksbusiness.
MYLINKS INFO :KESILAPAN LAZIM DALAM MENGURUS WANG

JIKA anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenal pasti terlebih dulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan supaya anda dapat belajar daripadanya.

Gagal Merancang Alasan yang selalu diberikan oleh mereka yang tidak merancang kewangan ialah "Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya". Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana, tabiat `merancang kewangan' akan membolehkan anda menjadi seorang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.

Berbelanja Melebihi Kemampuan Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan dan juga iklan di sekeliling kita. Ramai yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman.
Akibatnya, ramai yang hanya mempunyai baki yang amat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan selepas ditolak bayaran pelbagai pinjaman, kad kredit, bil dan sebagainya.

Berbelanja Menggunakan Kad Kredit Tabiat beli dulu dan bayar kemudian adalah perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai yang memiliki lebih daripada satu kad.
Dengan bayaran minimum setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minimum terbabit, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari. Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Justeru, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat.

Lewat Menabung Untuk Hari Tua Untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang mencukupi bagi menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Bagaimanapun, masih ramai terutama mereka yang sudah hampir bersara, masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan diperlukan. Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah setiap kali gaji naik, perbelanjaan pula yang bertambah.

Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Justeru, pastikan anda meneliti ciri sesuatu produk pelaburan berkenaan dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.

Profil Editor/Penerbit

Foto saya
Petra Jaya, Kuching., Sarawak, Malaysia
Dilahirkan Jun 1966 di Mukah,Sarawak.Tamat pendidikan formal di sekolah menengah, beliau bekerja sebagai wartawan sambilan di akhbar Utusan Borneo Sibu, Kemudian beliau mendapat tawaran bekerja sebagai wartawan sepenuh masa di akhbar Utusan Sarawak, Seterusnya mengikuti kursus kewartawan sambil berkerja di Utusan Malaysia, dan mengikuti program Diploma Kewartawanan di Akademi Media dan Infomasi, Kuala Lumpur. Tahun 2006, Abang Hassimsah memperolehi Ijazah Bachelor of Business Administration melalui program Golden State University (GSU), di Amerika Syarikat. Dalam Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) beliau pernah menjawat pangkat Komander, Deputi Marshal dan Marshal, atas sikap didikasinya menjalankan tugas, beliau dianugerahkan Pingat Khidmat Sosial (PKS). Dalam penulisan melalui nama samaran pena Jingga beliau menghasilkan berpuluh puisi untuk siaran akhbar Berita Harian, Utusan Borneo dan Utusan Sarawak, pernah muncul dengan buku antologi puisi cinta,Terkunci Di Mahligai Mimpi, buku skandal Berlabuh Di Ranjang Nafsu sementara itu beliau juga pernah menghasilkan lebih 30 lirik lagu. Kini beliau menjalankan perniagaan sendiri membuka syarikat pengurusan penerbitan.

BLOG INI MASIH DALAM PROSES PEMBINAAN...HARAP MAKLUM

TERIMA KASIH

Pengikut

Tiada catatan.
Tiada catatan.